Sunday, February 15, 2015

LOI - part 1

BismiLLAHirrahmanirrahim. ALLAHumma Solli 'Ala Muhammadin wa 'ala ali Muhammad.

1. Dengan izin ALLAH s.w.t, saya akan berkongsi serba sedikit ilmu mengenai pelaburan dari bermacam-macam segi dalam satu siri post yang saya beri tajuk LOI - Lesson On Investments. Bahasa yang akan saya guna dalam siri ini mungkin agak santai bagi memudahkan kefahaman pembaca, dan jika ada soalan yang terbuku di dada, simpan dahulu. Pelan-pelan kita kayuh ok?

2. Jadi, siapakah yang patut membaca siri LOI ini? Semua pun boleh, sebab ilmu pelaburan ini sebenarnya luas, jadi apa yang saya bakal kongsikan MUNGKIN tak dapat menghilangkan kehausan anda secara total, tetapi lebih sebagai satu pieces of puzzle yang boleh kita connect dengan apa yang mungkin sudah ketahui sebelum ini. Tapi, mostly pasal financial assets ya, yakni stocks, unit trusts, derivatives, and maybe bonds. Bab property ke, emas ke, currency ke, saya tak touch. So, any investment term found in my articles generally refers to those aforementioned financial assets.

3. Sebelum kita pergi lagi dalam pasal pelaburan, kita minum kopi dulu, borak-borak kosong. Hehe. Biar saya kongsi dahulu serba sedikit latar belakang & pengalaman saya dalam bidang kewangan dan pelaburan ini. Ye lah, nanti ada pulak  yang persoalkan itu ini, dunia- adatnya macam itulah.  Tapi, takpa lah, saya pun sekadar berkongsi apa yang saya tahu, kita hormat menghormati lah pandangan masing-masing, ilmu & cara MELABUR masing-masing. Sebab kaedah pelaburan ini memang bermacam-macam. Nanti saya kongsi setakat mampu.

4. So, saya mula berjinak-jinak dalam dunia pelaburan ini, kalau nak dikira dari saat tercetusnya minat yang mendalam on investment, dah hampir 5-6 tahun rasanya. Tak terlalu veteran tapi takda lah noob sangat. First time minat pasal investment masa tengah ambil diploma di UiTM dulu. Business Studies, tapi belajar banyak pasal ekonomi, kewangan, and betul-betul terbuka hati bila dengar "talk" oleh salah sorang Head of Equity Research yang quite famous kat Malaysia ini. Beliau dijemput datang ke tempat kami untuk berkongsi pasal investment.

5. So, habis diploma, terus tak fikir panjang saya sambung degree dlm finance. Kat UiTM jugak. Masa tu, minat dlm investments memang betul-betul peak la. Habis segala buku akademik saya baca kasi khatam (khatam tu tak la, hehe melawak je). Especially bab portfolio management, company evaluation, financial markets, economic analysis - macro, micro, financial semua saya sapu. Memang betul minat. sampaikan duk kaji apa maksud setiap alphabets dalam functions yang saya jumpa dalam buku econometrics. Hahahaha. jadi gila isim kejap masa tu.

6. Before habis degree, sibuk duk apply nak sambung masters in investments kat overseas. apply punya apply, amek IELTS apa semua, dapat la offer dari 4 universities. yang paling top dari University of Edinburgh. Yer la, nak jadi pakar investment konon-kononnya. Alih-alih tak pergi jugak. Hahahaha pening-pening. Masa tu, ingat semua menda boleh kutip dari formal education or books semata-mata, tapi jauh sungguh meleset sangkaanku itu. Hehe, takpa bab persepsi & sangkaan-sangkaan yang karut marut ni kita simpan dulu. We talk about it another day.

7. Continue. Tak cukup dengan buku akademik, habis segala buku-buku mat salleh saya baca. Liar's Poker la, Superfreakonomics la, The Big Short la, Damodaran punya siri buku on value investing, Darvas punya kisah, Soros punya biography la (yang ni siap buat presentation time lectures lagi hahahaha), macam-macam la. Asalkan tajuk macam sedap, and pasal investment, confirm sebat. Dia punya minat baca tu, fuhhh, sampai kul 3-4 pagi duk ngadap buku tu, padahal dari pukul 12am da ready atas tilam nak landing masuk tidur. Ni zaman student dulu la, masa duduk rumah sewa. Housemate dah tutup lampu, saya buka baca pakai handphone pulak. Haha betul-betul kemaruk la.

8. Then, time intern kat KDF, kena duduk dala dealer's room, barulah nampak sikit-sikit apa sebenarnya investment ini, Apa beza trading dengan investment, bahkan apa beza value investing dengan trend following, contoh aja la. Dalam dunia pelaburan ini, ada macam-macam aliran pemikiran, kaedah & method, tak cukup kalau saya nak describe semua. Masa intern ini, hari-hari ngadap monitor tengok FCPO, futures for crude palm oil. apa menda tu? ha, pasaran hadapan kelapa sawit. yang selalu kita dengar dalam TV3 tu.

9. Habis intern, masuk plak satu organization yang memang tip top dalam investment. Tulang belakang negara lah senang cerita. Kita panggil firm ni "K", hehe senang nak refer dalam post yang akan datang. Staffnya semua genius-genius belaka, tiadalah yang tak genius melainkan genius belaka. He he. Ini betul, bukan dibuat-buat. 95.3% overseas grad, memang geng smart students la dorang semua.  Saya je local grad.  Entah macam mana terlepas masuk pun xtaw. Hahaha, kelakar jugak bila pikir-pikir semula. Tak lama dengan K, tapi macam- macam saya belajar, yer la, kerja dengan orang bijak pandai lain sikit. Learning curve was very steep, fast & initially exciting before I met my boredom. Then.. bermulalah perjalananku mencari guru yang mampu mendidik ILMU yang BENAR pasal investment amnya, dan saham khususnya. Jeng jeng jeng.

10. Pasal guru-guru tu kita simpan lain kali. So, tanpa membuang masa yang memang dah lama terbuang dari tadi, haha kali ini kita muqadimmah sikit lah pasal konsep investments.

11. Investments, atau pelaburan, xyah cerita bab definisi lah, rasanya semua dah tahu.  Ramai orang selalu tanya saya, Wan, camna nak invest eh? Saya pun terkedu, tak tahu nak jawab apa sebab general sangat question tu. Haha selalunya saya akan tanya semula, nak invest apa? saham ke, property ke, emas ke, apa? Kalau pasal saham, boleh la sikit-sikit share insights. Kena tahu apa minat kita. Itu penting. Jangan suka-suka jump sana jump sini, buat sampai puas hati dlu, sampai stable, baru lah diversify. Ini tak, awal-awal lagi semua kita sapu. semua seminar muka kita je. haha bukan apa, takut muntah je nanti.

12. Pelaburan ini, secara asasnya, ada dua jalan. Melabur sendiri, atau melabur melalui khidmat CERTIFIED PROFESSIONAL. yang ni sengaja saya bold sebab geng-geng forex MLM bukanlah professional (kena jujur & keras, sebab ramai yang kena tipu dah), sports toto punya ejen bukanlah professional, segala macam ejen lipat2 sampai terlipat bukanlah professional. Memang, tak dinafikan ada jugak yang pakar dari golongan ini, cuma banyaknya sebab nak buat easy money atas nama nak tolong bangsa sendiri kononnya. Yang ini kita kena tegas. Adus, melalut lagi.

13. So both ways ada pros & cons nya. Nanti kita cerita detail lagi. Basically, before nak start melabur, basic equipments yang kena ada adalah, 1) ILMU YANG BETUL, 2) ILMU YANG BETUL, 3) ILMU YANG BETUL, 4) Modal, Masa, dan lain-lain. Saja je bold kan pasal ilmu tu, sebab tu paling asas, and as a matter of fact, yang paling crucial dalam menentukan kejayaan sesebuah pelaburan. So, a smart investment begins with investing in oneself. Cari ilmu, hadam & amalkan. Tapi, tak perlu pun sampai nak fahamkan markowitz theory ke liquidity premium theory ke apa, haha bukan nak jadi fund manager pun. Cukup sekadar pakaian diri. But, rest assured, apa yang tertulis dalam blog ini free of charge, feel free to use & share with others kalau rasa sesuai. Tak dapat banyak, sikit pun ok lah.

14. Maka, dengan ilmu yang betul, kita boleh agak berapa modal yang sesuai yang kita perlukan untuk melabur, apa risiko setiap pelaburan, berapa banyak rugi yang kita sanggup (yang ini kita panggil Risk Tolerance), barulah boleh pikir pasal pulangan. Bukannya pikir pasal returns je manjang. haha. Nak melabur ini ibarat nak pergi bertumbuk, jangan pikir kita je yang nak tumbuk orang. Penumbuk orang kena kira dulu. He he. and a smart investment will usually concerns about risk-reward ratio. A certain % of risk will offer how much returns. Kalau sanggup risk  rm1, berapa potensi kita boleh dapat. 8% setahun? 20% setahun? 30% sebulan? or 20% seminggu? Fuh, makin lama makin superb returns, haha ada ka?

15. Ada. Siapa bilang tiada investments yang boleh offer superbly incredible returns beyond imagination without risking any single cent? Angkat tangan. Ada sebenarnya. Tu, cuba check surah al Baqarah ayat 261. Pasal derma di jalan Allah.  Inilah investment paling top sekali, takda risiko, dijamin untung oleh Pemilik Langit dan Bumi. 1 jadi 7, 7 jadi beratus-ratus. Infiniti. He he. Punya lah besar manfaat sedekah/derma ini. Ajaib sungguh ajaib! Google je kalau malas nak belek kitab. Ayuh, ringan-ringankan tangan beri sedekah, jangan RM1 je manjang. cuba-cuba hulur RM5 ke, RM10 ke, RM100 ke dalam tabung masjid tu. Bagi not yang paling besar dalam purse or wallet tu. Hehehe, barulah gentle. Kalau yang ni pun xlepas lagi, rasanya nak melabur saham tu kena pikir banyak kali. Haha sebab ramai yang tak sanggup sedekah kat masjid, rumah anak yatim, family yg memerlukan, tapi dengan rela hati menderma beribu-ribu pada pasaran saham. He he termasuklah yang menulis ni. Setepek kena, kena beramai-ramai.

16. Sebenarnya, dalam kita ghairah hendak melabur, nak menambah personal wealth, ada few basic things yang kita kena perbetulkan. Kiblat kita, prinsip kita, falsafah kita. Kenapa nak jadi kaya, apa semua tu, ada peranannya nanti. Takpa, dah panjang sangat artikel ini. Kita sambung next post. Pasal jenis pelaburan & kaedah-kaedah2 nya.

Sekian.

Friday, February 13, 2015

Mukadimah Pembuka Bicara



Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Selawat dan salam buat junjungan kita Baginda Nabi Muhammad s.a.w, Nabi pembawa rahmat ke segenap alam, ahli keluarga Baginda s.a.w & para sahabat. 


Salam buat para sahabat & rakan-rakan semua, dan bagi yang masih belum mengenali diriku, inshaAllah akan ku perkenalkan diriku sedikit demi sedikit melalui penulisanku di blog ini.

Hari ini, daku sekadar mahu memperkenalkan blog ku ini. Inilah tempat yang akan daku gunakan untuk mencoret segala pengalaman hidupku, jatuh bangunku, pahit manisku dan pandanganku dalam pelbagai hal. Harapannya, moga kalian bertemu satu dua pengajaran yang boleh kalian ambil sebagai manfaat. Andai ada kesilapan dalam bicara penaku, awal-awal lagi daku dahulukan dengan ucapan maaf, kerana apa yang bakal ditulis lahirnya benar-benar jujur dari hati. Kadang-kadang, yang benar itu memang selalu pahit rasanya.

Dengan izinNya yang Maha Mengetahui yang tak terlepas dari IlmuNya segala apa yang ada di langit dan di bumi, segala isi dada & sangka-sangka, akan daku kongsikan pelbagai cerita, informasi, tips & pandanganku dalam berbagai hal yang mudah & senang bagi kita semua.  Baik dari segi agama (setakat fahamku sahaja ), suasana pembelajaran (khas bagi pelajar universiti), hal-hal berkaitan pelaburan & kewangan (ini memang bidangku), bisnes, tips kesihatan & lain-lain. Bila-bila berkelapangan, galilah blog ini.  Belek-beleklah setiap label yang di tepi itu. InshaAllah, daku akan cuba mengemaskini blog ini sekerap mungkin.

Sekian sahaja celotehku buat masa ini. Moga bertemu lagi di lain hari.