Friday, February 13, 2015
Mukadimah Pembuka Bicara
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Baginda Nabi Muhammad s.a.w, Nabi pembawa rahmat ke segenap alam, ahli keluarga Baginda s.a.w & para sahabat.
Salam buat para sahabat & rakan-rakan semua, dan bagi yang masih belum mengenali diriku, inshaAllah akan ku perkenalkan diriku sedikit demi sedikit melalui penulisanku di blog ini.
Hari ini, daku sekadar mahu memperkenalkan blog ku ini. Inilah tempat yang akan daku gunakan untuk mencoret segala pengalaman hidupku, jatuh bangunku, pahit manisku dan pandanganku dalam pelbagai hal. Harapannya, moga kalian bertemu satu dua pengajaran yang boleh kalian ambil sebagai manfaat. Andai ada kesilapan dalam bicara penaku, awal-awal lagi daku dahulukan dengan ucapan maaf, kerana apa yang bakal ditulis lahirnya benar-benar jujur dari hati. Kadang-kadang, yang benar itu memang selalu pahit rasanya.
Dengan izinNya yang Maha Mengetahui yang tak terlepas dari IlmuNya segala apa yang ada di langit dan di bumi, segala isi dada & sangka-sangka, akan daku kongsikan pelbagai cerita, informasi, tips & pandanganku dalam berbagai hal yang mudah & senang bagi kita semua. Baik dari segi agama (setakat fahamku sahaja ), suasana pembelajaran (khas bagi pelajar universiti), hal-hal berkaitan pelaburan & kewangan (ini memang bidangku), bisnes, tips kesihatan & lain-lain. Bila-bila berkelapangan, galilah blog ini. Belek-beleklah setiap label yang di tepi itu. InshaAllah, daku akan cuba mengemaskini blog ini sekerap mungkin.
Sekian sahaja celotehku buat masa ini. Moga bertemu lagi di lain hari.
Labels:
Mukadimah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment